SELAMAT DATANG KE BLOG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UNIT 4 JITRA, KEDAH

UBK UNIT KHAS

"..PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR.."

Tuesday, March 17, 2009

RENCANA UTAMA: SINAR HARIAN

Jenayah telefon bimbit

Adakah trend penyalahgunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah sehingga menjurus kepada perlakuan tidak senonoh sudah tidak boleh diselamatkan?




BARU-BARU ini, sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu mendapat perhatian 'lebih', gara-gara aksi panas seorang pelajar perempuan dalam klip video yang tersebar ke serata Malaysia.

Klip video yang berlatarbelakangkan sebuah kelas itu menjadi pilihan lokasi penggambaran 'krew remaja' yang sepatutnya menelaah buku.

Rakaman video yang dibuat menerusi telefon bimbit berkamera seperti itu sebenarnya bukan perkara baru dan tidak hanya berlaku di sekolah. Sekali-sekala dada akhbar turut mendedahkan kes seperti ini yang berlaku di bilik sewa, taman rekreasi dan sebagainya. Suka atau tidak, ia seakan satu trend dalam era teknologi hari ini.

Namun, jika ditelitikan, ada beberapa perkara yang boleh dipersoalkan dalam isu aksi panas pelajar ini. Pertamanya, bagaimanakah telefon bimbit boleh dibawa ke sekolah padahal larangan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Bukankah Kementerian Pelajaran telah menarik balik kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun ini seperti yang dilaporkan pada November tahun lalu?

Mungkinkah ini berlaku kerana penguatkuasaan yang lemah di sekolah? Kita sendiri pun tidak pasti jawapannya. Sebabnya kadang-kadang, pihak sekolah berada dalam dilema untuk mengambil tindakan tegas. Ini kerana ibu bapa sering kali menyebelahi pelajar apabila telefon bimbit dirampas pihak sekolah.

Justeru itu, salah siapa? Adakah kita perlu salahkan teknologi?

Jika pengaruh komunikasi teknologi maklumat (ICT) yang dipersalahkan, bukankah kita tidak berkuasa sepenuhnya untuk menentukan trend global? Hakikatnya, manusia terpaksa hanyut dengan arus peredaran zaman.

"Inilah namanya 'fenomena global'. Kalau tak ada 'handphone', macam tak kena dengan masa kini. Tapi, ini jugalah harga yang perlu dibayar. Maksudnya, nikmat pembangunan kebendaan yang hadir dengan kesan positif dan negatif," kata Dr. Sarjit Singh Gill, seorang Ahli Antropologi Sosial dari Universiti Putra Malaysia (UPM).


AKSI-AKSI panas pelajar di sekolah yang disebarkan menerusi telefon bimbit amat memalukan.


Saat dihubungi Kosmo! baru-baru ini, pensyarah kanan ini berkata, pemilikan telefon bimbit di kalangan remaja mahupun pelajar mungkin satu keperluan masa kini. Malah, kebanyakan ibu bapa juga melihat 'keperluan' ini sebagai langkah keselamatan anak sewaktu berlaku kecemasan.

"Pada tahun 1980-an dan 1990-an, waktu belajar pun kita tidak perlukan telefon mudah alih. Itu pun kita tahu bila bas sekolah atau ibu bapa akan datang.

"Akan tetapi, impak ICT yang meluas menyukarkan pemantauan sepenuhnya daripada pihak berkuasa, ibu bapa mahupun sekolah. Selagi telefon bimbit dibawa ke sekolah, selagi itulah anak-anak kita terdedah kepada risiko penyalahgunaan. Ini satu masalah yang tidak patut dipandang remeh," tegasnya.

Majoriti ibu bapa hari ini yang lebih memberi tumpuan kepada aspek kerjaya dan kepuasan material juga secara tidak langsung menyuluh anak remaja ke arah kebebasan melampau. Sedar atau tidak, anak-anak remaja sudah tahu menyimpan wang saku. Bukan untuk membeli buku tetapi telefon bimbit!

Jika hendak dibuat perbandingan, ada ketikanya, telefon mudah alih pelajar-pelajar ini lagi 'terkini' berbanding yang dimiliki ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya turut tidak terkecuali dalam senarai siapa yang harus dipersalahkan.

Jelas Dr. Sarjit lagi, ibu bapa patut menjadi contoh yang baik agar dapat melahirkan generasi 'berkualiti'.

Sementara itu, pihak sekolah tidak patut dipersalahkan sepenuhnya jika larangan membawa telefon bimbit ke sekolah tidak diendahkan oleh pelajar. Ini kerana andainya pihak sekolah merampas telefon bimbit sekali pun, tentunya ia akan mencetuskan kemarahan ibu bapa. Padahal, pelajar sendiri yang melanggar peraturan.

Maka dengan ini adakah bermakna pihak Kementerian Pelajaran perlu mengambil langkah yang lebih tegas dan drastik dalam menguatkuasakan larangan tersebut?

"Pihak kementerian sesungguhnya tiada pilihan tetapi melakukan sesuatu. Kita tidak boleh membentuk masyarakat yang patuh pada peraturan dan bertindak seandainya kita hanya bercakap sahaja," tambahnya.

PENDIDIKAN


Sekolah diarah rampas telefon bimbit

PUTRAJAYA: Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.


"Pergaduhan sering berlaku di kalangan pelajar apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka tiba-tiba hilang.


"Melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Pelajar di sini, hari ini.

Wee berkata, telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar dan walaupun penggunaannya dilarang, ibu bapa sebenarnya masih boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah.

Katanya, pelajar juga boleh menghubungi ibu bapa mereka melalui telefon awam atau telefon sekolah jika berlaku kecemasan.

Beliau berkata, masalah disiplin pelajar masih terkawal dengan kadarnya turun daripada 2.13 peratus pada 2006 kepada 2.08 peratus tahun lalu.

"Bilangan pelajar yang dikenakan tindakan gantung sekolah adalah pada kadar 0.11 peratus (2008) berbanding 0.37 (2007) manakala yang dikenakan tindakan buang sekolah pula, 0.05 peratus (2008) berbanding 0.18 peratus pada tahun sebelumnya," katanya.

Katanya, tindakan merotan pelajar yang didapati mempunyai masalah disiplin akan diteruskan apabila guru besar diberi kuasa untuk berbuat demikian. - Bernama

BHARIAN: MUTAKHIR

Khairy diberi amaran

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, diberi amaran selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.


Ini bermakna Khairy masih layak bertanding pada pemilihan bagi jawatan Ketua Pemuda Umno yang dijadualkan pada 25 Mac ini.

Seorang lagi calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang disiasat bagi aduan rasuah atau sogokan politik, pula didapati tidak bersalah.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, pada sidang media di sini, petang ini.

Menjawab soalan, beliau berkata Mohd Ali Rustam dan Khairy dikenakan hukuman yang berbeza oleh Lembaga Disiplin kerana perlakuan kesalahan dilakukan mereka adalah berbeza.

“Mereka tidak ada kes yang sama. Apa yang dilakukan oleh ejen mereka juga berbeza. Contohnya, antara rasuah makan-makan dengan rasuah wang, sudah pasti kesalahan dan hukuman itu juga berbeza walaupun kes itu dalam Perkara Tata Etika yang sama," katanya.

The Killar...Fumakilla..HaHaHa!!!~

AHLI BSMM 4 JITRA (CHANGLOON)


Bersama ahli kumpulan semasa Kem Latihan Menyelamat Unit 4 sesi 2009

Nina & Killa

Banner Kem Latihan Menyelamat 2009

Geng Sek. Men. Changloon 2009 (6 atas)

FumaKilla